|
Services
Hobbies
Polls What insurance company did you currently insured with?
|
Mengapa kita memerlukan perlindungan insurans? Pada masa sekarang ramai di antara kita terutamanya orang Melayu masih lagi memandang sepi kepentingan insurans kepada diri mereka. Perkara begini seharusnya diperbetulkan di kalangan kita. Kebanyakan mereka masih lagi menyangka bahawa insurans sebagai satu bentuk perdagangan nyawa. Sedangkan pada hakikatnya takaful adalah satu persepakatan antara para peserta yang berjanji untuk saling membantu sesama mereka. Oleh itu, berdasarkan konsep Islam, setiap sumbangan para peserta akan diagihkan kepada dua bahagian iaitu (1) akaun peserta dan juga (2) akaun khas peserta. Sebahagian sumbangan para peserta akan diagihkan kepada akaun khas peserta sebagai derma. Dari akaun khas inilah akan digunakan untuk membantu mereka yang menghadapi musibah. Oleh itu sistem takaful bukanlah berasaskan konsep jualbeli yang tidak jelas yang sememangnya diharamkan dalam Islam. Ringkasnya insurans adalah perlu kerana perkara-perkara berikut: 1) Kemungkinan pada suatu hari nanti kita tidak lagi berdaya untuk melakukan kerja yang menghasilkan pendapatan. Pada masa itu barulah kita merasakan betapa perlunya insurans kepada kehidupan kita. 2) Bayangkan apa yang akan terjadi kepada keluarga anda sekiranya anda meninggalkan mereka tanpa harta yang mencukupi. Kesimpulan Oleh itu sebagai orang Islam kita tidak seharusnya memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja. Sebaliknya kita harus juga menyumbangkan sedikit rezeki yang kita perolehi untuk membantu mereka yang memerlukan. Dan kita juga harus ingat bahawa rezeki yang kita perolehi adalah kurniaan Allan dan Dia berkuasa menarik kembali apa yang telah dikurniakan kepada kita pada bila-bila masa sahaja. Setiap apa yang dikurniakan adalah suatu amanah dariNya.
|
|