|
Services
Hobbies
Polls What insurance company did you currently insured with?
|
Mengapa Anda Perlu Menyertai Takaful/Insurans?
1. Sebagai satu perlindungan sekiranya musibah menimpa diri dan keluarga 2. Suatu bentuk simpanan dan pelaburan jangka panjang 3. Suatu bentuk perlindungan kepada pendapatan anda 4. Menolong mereka yang dalam kesusahan 5. Menguatkan ukhuwah sesama umat Islam 6. Bersesuaian dengan konsep tawakkal, di mana setiap manusia perlu berusaha dalam setiap pekerjaannya
Konsep
Takaful Takaful adalah satu pakatan sekumpulan orang ramai yang berjanji untuk
saling bantu membantu di antara satu sama lain. Di dalam sistem takaful peserta
bukannya membeli satu polisi insurans seperti kebanyakan sistem konvensional. Di sini para
peserta bersetuju untuk menyertai suatu pakatan di mana mereka bersetuju untuk
mendermakan sebahagian dari sumbangan mereka ke dalam satu tabung yang akan
digunakan untuk membantu mereka yang ditimpa musibah. Bersesuaian dengan firman Allah,
"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa,
dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab
seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)."
(Al-Maidah, 2) Oleh itu tujuan sistem takaful diwujudkan adalah untuk mewujudkan
persaudaraan yang erat di kalangan ummat berlandaskan lunas-lunas syariah.
Konsep ini dapat direalisasikan dengan persetujuan setiap peserta untuk bersama-sama
menanggung risiko antara satu sama lain. Kesimpulannya, sifat mementingkan diri sendiri seharusnya tidak wujud di
kalangan peserta takaful.
![]() |
|